Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

MasyaAllah Meninggal Secara Tiba-Tiba Depan Makam Nabi, Rupanya Ini Amalan Abang Bad Ketika Masih Hidup

BACANEWS.ID - Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Maha Suci Allah. Kematiannya amat dicemburui seluruh umat Islam.

Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abang Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila dijemput Ilahi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.

Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar biasa kerana ianya jarang-jarang terjadi.

Apa kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.

Menurut Ustaz Jamal, salah seorang jemaah umrah dari Hulu Langat, arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sehari sebelum kematiannya berlaku.

Arwah sempat minum satu gelas air masak dan turut memberikan segelas lagi kepada Ustaz Jamal.

Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburui.

Arwah banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiannya dimuliakan.

Selepas selasai minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi, solat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun,” ujar Ustaz Jamal.

Amalan Abang Bad ketika hayatnya

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi ‘runner’ membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.

Arwah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah

Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.

Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, sedang berpuasa, safar umrah, malam Jumaat dan bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.

Ini bersesuaian dengan hadis,

Sesiapa yg boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :

Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa