Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Air Mata Ustadz Firdaus Wong Tumpah Saat Pimpin Ibu Kandungnya Masuk Islam



BACANEWS.ID - Hari ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung saat ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam.

Lebih menyentuh perasaan, beliau yang mesra dengan panggilan Ustadz Firdaus memimpin sendiri ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kedua ibu anak itu kemudiannya dilihat berpelukan dengan Firdaus gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.

“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar!

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini adalah ibu saya sendiri.

“Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Firdaus merupakan aktivis dan penceramah yang aktif termasuk di media sosial, malah memainkan peranan yang signifikan dalam melontarkan isu kepentingan agama Islam.

Beliau juga beberapa kali berdepan serangan golongan ekstrem yang sengaja mempotretkan imej negatif terhadap Islam.

Mengulas lanjut, Firdaus dalam hantaran itu memohon sahabat dan pengikutnya terus mendukung dan mendoakan keluarganya dan berharap ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertuanya saya juga dikaruniakan hidayah.

“Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim,” ujarnya.