Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Subahanallah Jen4zah Ulama Terkenal Filipina ‘Senyum’ dalam Kafan


BACANEWS.ID - SEORANG ulama dihormati di Filipina, Nuh Caparino, mavt terkena tembaa kan pada lehernya ketika mengimamkan sembahyang subuh kemarin.

Namun bukan itu berita yang paling menggemparkan. Sebaliknya cerita selepas Nuh menghembus nafas terakhir lebih diperkatakan.

Beberapa gambar tersebar di media sosial dan blog menunjukkan wajah Nuh seakan-akan tersenyum dalam balutan kain ka fan.

Seorang pengguna Facebook, Abdur-Raheem Mc-Carthy, yang memuat naik gambar Nuh memberitahu, mangsa serangan mavt itu asalnya bukan penganut Islam.

Portal Kesatuan Ulama Islam Sedunia – Asia pula melaporkan Nuh mengimamkan sembahyang di masjidnya di Filipina.

Seorang anak didiknya memberitahu Nuh adalah antara pendakwah terbaik di negara itu dan gigih menyebarkan Islam kepada orang ramai.

“Beliau tidak pernah letih atau jemu dalam menyebarkan dakwah di negaranya,” kata anak didik Nuh.

Setakat ini tidak diketahui siapa dalang atau motif sera ngan berda rah itu.